Kitang


Cuaca dan keadaan air pada Ahad 03/09/2006 agak baik. Kami berempat, Aku,Malik Suhaimi dan Pak Tam menaiki bot menuju ke Rakit Besar Sg.Layang lagi.
Bukan kami tak mahu ke destinasi lain tapi disini lah paling baik untuk memancing pada masa ni.Kadang-kadang pada hari minggu ,10 hingga 20 buah bot di sekitar rakit ini.Di sini terdapat ikan seperti kerapu,siakap,kitang,bawal,dan lain-lain spesis lagi.

Inilah hasil kami pada hari tu ,mungkin tak sebanyak mana tapi sudah cukup untuk menghiburkan kami semua.Hanya ikan Kitang saja yang kami perolehi ,mungkin keadaan air yang tenang tak berarus menyebabkan kurang spesis ikan lain,hanya ikan kitang saja banyak disekitar rakit.
Boleh tahan, besar juga ikan kitang yang kami dapat .Kalau nak di campurkan ikan kitang yang kami dapat berempat lebih kurang 20 ekor banyaknya.Rezeki.

Setelah hampir senja ,kami singgah di rakit salleh untuk memulangkan bot dan berehat sebentar bagi menghilangkan rasa kepenatan sebelum pulang ke rumah.

No comments:

Post a Comment