1: Cara mencangkuk umpan bagi memancing di permukaan:
Ada ketikanya kita mahu umpan hidup bermain di permukaan air di mana ikan yang diburu banyak bermain. Antaranya ikan tenggiri, aruan tasik, layaran dan mersuji.
Kita boleh mencangkuk ikan pada beberapa tempat supaya umpan ikan akan hanya berlegar beberapa kaki dari permukaan air. Kita boleh mencangkuk ikan pada bahagian belakang ikan dekat dengan ekor (gambar), kita boleh juga mencangkuk ikan pada kawasan belakang kepala atau melalui mulut ikan umpan berkenaan.
2. Cara mencangkuk umpan bagi memancing di dasar atau ke bawah:
Ada masanya kita hendak umpan hidup bermain di dasar atau di kawasan bawah permukaan air di mana ikan yang diburu banyak bermain seperti gerepoh, aruan tasik, layaran dan mersuji.
Bagi memastikan umpan ikan sentiasa hidup, kita boleh mencangkuk ikan di beberapa tempat supaya umpan ikan akan hanya berlegar di dasar laut atau di bawah air. Kita boleh mencangkuk ikan umpan pada bahagian belakang dekat dengan ekor di mana kail diletakkan pada bahagian bawah ikan.
No comments:
Post a Comment