Bebola karat punca kekili berbunyi kasar
Bunyi pada kekili biasanya terhasil apabila terdapat geseran antara dua objek terutama antara dua logam. Bunyi akan menjadi lebih ketara tanpa ada pelincir sesuai diantaranya. Masalah ini banyak di hadapi oleh ramai kaki pancing terutama yang jarang-jarang menggunakan kekili dan tidak menjaganya dengan sempurna.
Jika masih terdapat bunyi kasar selepas servis, maknanya masih ada geseran berlaku tanpa pelincir atau pemasangan di lakukan tidak betul. Ramai yang melakukan servis pada luaran badan kekili seperti menjirus air saja dan bahagian-bahagian tertentu saja.
Ini sesuai dilakukan setiap kali pulang memancing. Servis masih belum mencukupi jika kita tidak meneliti setiap alas bebola yang terdapat di dalam kekili. Ramai tidak menyedari alas bebola berkarat kerana ia biasanya di tutupi oleh lapisan logam nipis atau penutup alas bebola .
Pada luaran alas bebola ia kelihatan bersih tapi di dalam kemungkinan alas belola terdapat bahagian yang berkarat atau ia telah kehabisan minyak gris di dalamnya.Untuk ini keluarkan alas bebola, pusing cara manual dan perhatikan. Kalau ia masih mengelurakan bunyi kasar maka ia sudah tidak berfungsi dengan baik.
Buka penutup alas bebola dan pasti saudara akan dapati didalamnya sudah berkarat atau kering.Tukar sahaja alas bebola jika ia masih berbunyi kasar selepas di sapu gris. Cara ini tentu akan menyelesaikan masalah yang saudara hadapi. Selamat mencuba.
No comments:
Post a Comment