Mengapa anda menjadi pemancing?
-Mengisi masa lapang (hobi)
-Mencari rezeki untuk menyara hidup
-Bersukan (Sport Fishing)
-Mahukan Habuan (hadiah,wang ringgit dan sbgnya)
-Mencari ketenangan melihat keindahan, melarikan diri sebentar dari masalah dunia.
-Mencari Kawan
-Mencari Ilmu
-Mengenal Diri
-Menjadi Pemancing Sejati.
Ada yang bercita-cita menjadi Pemancing Sejati. Ada pula yang mengisi masa lapang, ada yang bersukan, ada yang mencari rezeki untuk menyara hidup, ada yang ….
Anda Di Golongan mana….
Jika Dilihat dari tajuk diatas pastinya kita dapat membezakan bagaimana cara kita memancing.
Saya cuba menyusun peringkat-peringkat diatas tapi ianya terlalu sukar…..anda lah yang susun mengikut kehendak anda….
Terus terang saya katakan memancing ini seni…
Dari sekecil anak hinggalah ke pak cik tua nelayan…semuanya mempunyai teknik yang tersendiri semua nya berkata inilah cara yang terbaik buat mereka. Jadi manakah cara yang betul…sebenarnya ia terpulang kepada anda…apa tujuan anda, begitulah teknik anda. Belajarlah dari pengalaman. Pengalaman orang lain amat berguna…janganlah dapat ikan goreng anda terus makan, masaklah ikut selera anda…itulah yang saya belajar.
Jadi apa yang hendak kita bincangkan disini….sukarkan…mengapa ….kerana saya telah besarkan skop memancing …tapi sebenarnya mudah, anda sukarkannya.
Pertama kita mempunyai masa dan ruang…
Cari kuncinya? ….salah …ia memang sudah terbuka….
Ruang mana yang anda pilih ….teruskanlah, tiada ruang yang tak berguna…
Adakah ayat saya terlalu berkias…itulah maksud saya, lihat lah wajah pemancing…setiap kerut, tenungan, senyuman….ianya..semuanya..melambangkan dunia Pemancing.
Keyakinan
Saya suka bercerita tentang perkara ini…adakah keyakinan penting dalam dunia memancing?……….
Mengapa anda berkata demikian ….anda memang seorang yang berilmu….tanpa ilmu anda tidak akan berkata begitu. Inilah yang saya mahu anda kongsikan…jika boleh…
Ilmu
Mana anda belajar….ilmu memancing….konvensional…terkini…cukup kah ilmu anda…atau masih berharap pada nasib…. Oooo …..
Takdir (Nasib)
Siapa yang tentukan …..mengapa begitu….hebatkah kita dengan keyakinan…dan ilmu….Tapi takdir yang menentukan….Tanyalah pemberi ilmu anda…
Peralatan
Penting sangat kah peralatan……ikan yang dicari…di tempat yang jitu… peralatan yang…sesuai…teknik..yang terbaik….lahirlah keyakinan yang tinggi…nasib menyebelahi anda ….kepuasan yang anda miliki….kebanggaan yang anda perolehi..penghormatan yang anda dapat….itu saja kah dunia pemancing?
Kepuasan
Tajuk yang terlalu subjektif…..Setiap pemancing sejati pasti puas….itulah bahagian nya…mungkin masanya yang berbeza….
Tiada kesimpulan kerana ianya tidak akan tersimpul….biarlah ianya berterusan…
PERINTIS RUANG DAN WAKTU.
Khalifah Abu -http://dewapancing.tripod.com/
0 comments:
Post a Comment