Cara Guna Umpan Ketam

Ketam Hidup

ADA beberapa cara mencangkuk umpan ketam. Beberapa faktor perlu diambil kira iaitu:

a. Mata kail:
Kail memainkan peranan penting ketika menggunakan umpan ketam hidup kerana jika kail terlalu besar dan berat, ia akan membunuh umpan berkenaan. Anda perlu menyesuaikan kail dengan ketam. Bagi saya mata kail bersaiz antara 1/0 hingga 4/0 adalah paling sesuai yang diperbuat daripada aloi atau "carbon steel" kerana ia sangat ringan.

b. Jenis perambut:
Jenis perambut akan menentukan sama ada umpan dapat bergerak secara semula jadi dan jenis kail yang perlu digunakan. Sekiranya ‘wire leader’ digunakan, cubalah menggunakan yang paling halus. Bagi saya, "wire leader" yang selalu saya selalu gunakan adalah dari jenis 15 hingga 60 paun saja. Jika saya tidak menggunakan "wire Leader", saya menggunakan "mono leader" antara 40 hingga 80 paun dengan kail dari jenis ‘kirby’ yang mempunyai mata mendongak ke tepi.

Selepas kita mengkaji faktor di atas, ada beberapa cara untuk mencangkuk umpan ketam hidup. Sekiranya ketam terlalu besar, kita boleh memotongnya atau menggunakan sebahagian ketam berkenaan. Untuk mencangkuk kail pada ketam, kita boleh mencangkuknya pada bahagian antara kaki ketam atau antara penyepit ketam .

Saiz yang sesuai digunakan sekiranya memancing dengan menggunakan seekor ketam bergantung kepada saiz ikan. Saya syorkan saiz ketam tidak melebihi 8 sentimeter garis lintang.

No comments:

Post a Comment