Keselamatan Sebelum Memancing
KEJADIAN bot karam di tengah laut agak jarang berlaku di kalangan pemancing atau nelayan tetapi kes seumpama itu tetap berlaku.
Sebagai pemancing kejadian seperti itu patut dijadikan iktibar dan pengajaran kerana ia tidak mustahil boleh berlaku kepada anda. Paling penting jangan panik menghadapi keadaan cemas dan cuba kawal diri supaya dapat berfikir dengan tenang.
Laman http://www.marinesurvey.com/yacht/sinking.htm dan http://www.yachtsurvey.com/sinking.htm misalnya ada menerangkan mengenai kenapa sesebuah bot boleh mengalami masalah karam atau rosak di tengah laut.
Ada banyak sebab antaranya reka bentuk bot yang tidak sesuai dengan lokasi, usia bot yang sudah terlalu lama atau anda sendiri leka dan cuai dalam mengendalikan bot.
Selain itu, pastikan bot anda sentiasa dalam keadaan baik. Jangan tertipu dengan pandangan luar bot yang nampak baru kerana bahagian enjin, kipas dan peralatan perhubungan juga perlu diperiksa dari semasa ke semasa.
Berdasarkan maklumat di laman itu juga, anda boleh mendapat banyak petua dan maklumat berguna bagi menghadapi situasi mencemaskan itu. Bagaimanapun, paling utama ialah jangan sesekali mengabaikan jaket keselamatan kerana ia adalah peralatan paling penting yang boleh mengelakkan anda daripada tenggelam bersama bot.
No comments:
Post a Comment