Minat Ikan




Selain dari memancing hobi aku memelihara ikan.Tak kiralah apa spesis ikan yang dipelihara ,Flower horn,Kelisa,Emas yang penting hati akan menjadi tenang dan terubat segala masalah apabila melihat ikan berenang dan bermain-main didalam aquarium .
Orang-orang china menganggap memelihara ikan terutamanya ikan Kelisa dan Flower Horn sebagai satu "feng shui". Dengan meletakkan ia di tempat-tempat strategik dalam rumah dan mengharap bahawa ia akan membawa keluar satu durian runtuh.Bagi kita yang beragama islam tak lah mengharap apa-apa ,ia nya hanya hobi.
Ikan Flower horn yang aku pelihara ini sudah mencecah umur sebaya dengan anak kedua aku lebih kurang 4-5 tahun. Dulu dirumah aku penuh dengan aquarium dan ikan,sehinggakan kawan-kawan datang berkata ...rumah kau ni kedai ikan ke apa...,tapi apa boleh buat dah minat.
Semua ikan aku beli dikedai-kedai ikan sekitar Johor Baharu.Ikan yang aku beli tak lah mahal sangat,cuma yang aku ingat seekor ikan flower horn berharga RM 250, itulah yang paling mahal.Mula-mula orang rumah aku marah juga tapi sudah minat aku ,tak boleh kata apa.
Tapi sekarang cuma tinggal 2 ekor saja ikan yang aku pelihara.Selain nya aku bagi kawan-kawan dan meninggal sebelum ajal.Bagi mereka yang minat dengan ikan bolehlah kita kongsi pengalaman bersama .

0 comments:

Post a Comment

Followers