|
|
|
---|
Pari Pembunuh
BERITA kematian Steve Irwin atau terkenal sebagai Crocdile Hunter , Isnin lalu begitu menggemparkan.Pencinta alam warga Australia ini terbunuh selapas dadanya ditusuk sengat pari ketika penggambaran di timur laut Australia. Saya tidak mahu memberi komen mengenai kematian kerana itu sudah suratan takdirnya. Namun apa yang saya kagumi mengenai Steve Irwin ialah kreativitinya menampilkan diri dan pemaparan dokumentarinya yang tidak pernah dilakukan orang lain.
Beliau mencetuskan satu revolusi baru dalam bidang penerbitan filem dokumentari alam semula jadi. Selepas beliau popular beberapa tahun, kebelakangan ini lahir beberapa personaliti yang menjadi hos rancangan TV yang seakan-akan sama dengan Croc Files dan The Crocodile Hunter Diaries.
Steve Irwin sepatutnya membuka minda produser dokumentari tempatan untuk menghasilkan pelbagai bahan siaran TV mengenai alam hidupan liar di Malaysia. Setakat ini tidak ada satu pun bahan seumpama itu dihasilkan. Sedangkan, kita yang berada di zon tropika adalah kawasan paling kaya dengan flora dan fauna.
Setakat kecenderungan untuk menghasilkan drama dan filem yang sukar dipasarkan, produser tempatan wajar mencari produk baru yang sangat diperlukan stesen TV tempatan. Hampir semua bahan dokumentari mengenai hidupan liar adalah diimport.
Kita ada ikan yang hebat seperti tapah, kelisa, kelah, kenerak, layar, GT, pari dan ratusan spesies ikan yang boleh dipaparkan secara dokumentari. Rakyat kita pasti menggemari siri TV sebegini sebagaimana kita meminati Croc Files
Buat Steve Irwin, pemergian beliau satu kehilangan besar dalam industri pelancongan, aktiviti pemuliharaan dan pendidikan alam sekitar.
Untuk pemain dalam industri dokumentari, Steve Irwin boleh dijadikan ikon untuk mereka meneroka cabang baru penerbitan yang sudah pasti akan ‘meletup’ kelak.
Steve Irwin:
1962-Dilahirkan 22 Feb di Melbourne.
1971-Tangkap buaya pertama.
Sejak kecil tangkap dan pindahkan buaya dari kawasan ramai penduduk dan lepaskan ditaman milik keluarganya.
1991-Ambil alih taman haiwan keluarga dan namakan Zoo Australia.
2004-Dikecam kerana memegang anak lelaki berusia sebulan ketika beri makan buaya,gangu ikan paus,anjing laut dan penguin ketika penggambaran di Antartika.
--Hasilkan 46 dokumentari
"Crocodile Hunter" dan lebih 20 episod "The Crocodile Hunter Diaries"
Dokumentarinya ditonton lebih 200 juta.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Followers
Blog Archive
-
▼
2006
(75)
-
▼
September
(26)
- Video Hidupan Laut Biru
- Kawasan Lubuk Ikan
- Video Menangkap ikan
- Keselamatan Sebelum Memancing
- Cara Guna Umpan Ketam
- Renungan Bulan Puasa
- Spesies Ikan Pari Di Perairan Asia
- Sengat Pari
- Tali Pancing Berwarna
- 52 Spesies Baru Di Laut Papua
- Ulang Tahun Anak ku
- Berhenti Seketika
- Pasang Umpan Hidup
- Umpan Pancing
- Pari Pembunuh
- Spesis Ikan
- Petua-Petua Memancing
- Udang Galah
- Resepi Isteri ku
- Resepi Isteri ku-2
- Juara Pari
- Kitang
- Peralatan Air Masin
- Penting Menjaga Alatan Memancing
- Minat Ikan
- Kelengkapan Memancing
-
▼
September
(26)
0 comments:
Post a Comment