Penting Menjaga Alatan Memancing

Menjaga Alatan Pancing

Cara terbaik menjaga peralatan pancing supaya tahan lama ialah 'mencuci' masa sewaktu balik dari aktiviti memancing dengan mencuci ataupun melakukan servis ringkas untuk semua peralatan yang digunakan ketika memancing. Mungkin tidak semestinya sebaik saja sampai di rumah kerana biasalah…keletihan selepas trip memancing , tapi inilah masa terbaik sebelum air masin atau sebarang benda asing yang lain meresap ke dalam bahagian peralatan atau sebelum ianya kering dan melekat pada peralatan. Paling senang yang ramai pemancing lakukan ialah mandi 'bersama' joran dan kekili selepas memancing.

Kekili

pastikan system tegangan (drag) dan gelendung kekili diketatkan sebelum membilas dengan air. Ia bertujuan mengelakkan air dari memasuki dalam badan kekili (housing). Membilas terutama selepas digunakan di laut bertujuan membuang kesan garam yang terlekat pada peralatan yang boleh mempercepatkan karat pada bahagian tertentu.Biarkan ia kering seketika. Lapkan sekiranya terdapat lebihan air terkumpul.
Apabila ianya kering, longgarkan ia kembali drag dan gunakan WD-40 untuk menyembur bahagian yang bergerak terutamanya pengayuh, bahagian dalam gegelung tali dan sebagainya yang dirasakan perlu.Sekiranya tida WD-40 , anda boleh gunakan minyak singer sebagai alternatif. Harganya murah di pasaran tempatan. Longgarkan drag kekili pada tahap minimum sebelum anda menyimpannya. Paling tidak,minyak gris perlu ditukar untuk menjamin keberkesanan dan ketahanan gear itu sendiri. Jangan sekali rendam kekili dalam air sama ada air masin mahu pun tawar.

Joran

joran yang digunakan tidak terkecuali untuk dibilas dan dicuci setiap kali selepas trip memancing. Ramai yang berbangga menggunakan cincin SiC yang tahan karat dan terbaik, namun saya biasa jumpa cincin jenis ini juga berkarat dan rupanya macam kurap! Kadangkala empunya joran lupa mencuci kotoran yang terlekat di celah - celah kaki cincin terutama yang kecil. Kotoran ini mempercepatkan tindak balas oksidasiyang akhirnya membentuk karat pada cincin. Pemegang joran perlu disental dengan air sabun atau syampu lembut untuk menanggalkan kesan bau yang tidak menyenangkan. Sapukan lilin pada penyambung besi supaya ia senang ditanggalkan dan mengeluarkan bunyi 'pop' setiap kali dicabut keluar.

Mata kail

Paling baik ,jangan campurkan mata kail yang sudah digunakan bersama- sama mata kail baru. Karat akan mudah merebak pada mata kail yang lain terutamanya jenis tidak tahan karat. Asingkan dalam tempat khas sekiranya ingin digunakan lagi. Kalau tidak, buang saja. Bagi mata kail yang sudah terpakai dan kurang tajam , dapatkan kikir halus ( handfile) dan asah saja bahagian depan. Kertas pasir juga boleh digunakan sebagai alternatif. Simpan barang ini bersama kotak pancing kerana ia mudah dibawa dan masa kita memerlukan adalah tidak menentu.Untk penjimatan , anda disyorkan menggunakan mata kail tahan karat. Ia tahan lama dan boleh digunakan berulang kali. Saya lebih gemar menggunakan mata kail Gamakatsu yang tahan lasak serta tahan karat.Anda perlu sedar bahawa harga mata kail naik berlipat ganda. Terus terang saya katakana , harga mata kail memang mahal , sebentuk mata kail sampai mencecah angka RM 1 lebih. Maknanya kita kena bijak menggunakannya

Peralatan Sampingan

kalau menggunakan playar yang murah jenis berkarat , ia hendaklah dicuci setiap kali memancing dan gunakan WD- 40 pada sembur bahagian tengahnya. Gerakkan berulang kali sehingga karat keluar dari bahagian bergerak dan lap karat tersebut. Lakukan sehingga playar tersebut tidak ketat lagi atau lancar pergerakkannya , barulah boleh simpan untuk trip akan dating. Untuk playar jenis logam tahan karat(stainless steel) memadai kita semburkan WD- 40 pada bahagian tengah bahagian bergerak tersebut. Pisau , pemotong dan apa saja alatan yang digunakan ketika memancing tidak terkecuali untuk dicuci. Sama juga kotak pancing, sekali - sekala keluarkan semua yang ada di dalam dan bersihkan ia terutama kesan karat yang ada dalam kotak- kotak kecil di dalamnya.

Tali Pancing

Tangsi pada gelendung perlu diperiksa sekali - sekala terutama sebelum turun memancing. Gelendung tali perlu dijirus dengan aiur bersih supaya air masin tidak terkumpul dan membentuk lapisan garam di dalam gelungan tali. Tali kelihatan bersih dan akan melancarkan pergerakannya sewaktu keluar dari gelendung. Sekiranya terdapat tali yang dah calar, buang saja dari mengelakkannya ianya putus sewaktu di padang pancing. Nanti ramai yang menyesal apabila tali putus tiba-tiba ketika bertarung dengan ikan besar. Jangan sama sekali menarik tali sangkut dengan joran. Tarik tali sangkut dengan tangan kadang kala boleh mencederakan. Paling sesuai bagi saya ketika menarik tangsi tersangkut ialah menggunakan koyan kecil yang kosong. Calar bermakna kekuatan tali sudah menurun , akhirnya putus akan mengambil alih ketika pemancing tidak mahu kehilanagn hasil. Alamak ruginya

0 comments:

Post a Comment

Followers