Sengat Pari


Kaedah rawatan apabila terkena sengat pari

Jika disengat, pesakit dikehendaki segera berjumpa doktor

Kaedah merawat:

Bilas tempat sengatan dengan air bersih. Gunakan air laut hanya jika tiada alternatif air bersih.


Rendam kawasan sengatan dalam air sepanas mungkin (selagi tahan) namun tidaklah sehingga boleh melecurkan kulit (antara 110 darjah Farenheit atau 44 darjah celsius).

Kebiasaannya, kesakitan akan hilang antara 30 hingga 90 minit. Ulangi langkah tadi jika kesakitan berulang.

Berhati-hati apabila membuka balutan luka. Gosok bahagian luka dengan sabun dan air kemudian alirkan seberapa banyak air bersih di kawasan luka.

Jangan menggunakan plaster atau sesuatu yang boleh menutup luka, kecuali sekiranya berlaku pendarahan teruk.

Jika kecederaan itu meninggalkan kesan sampingan, pesakit perlu mengambil antibiotik atau suntikan pencegah bisa.


0 comments:

Post a Comment

Followers